Monday, April 16, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah



SHARING is caring ~






1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.







selamat beramal ~~ :)

Sunday, April 15, 2012

...KETENANGAN..


Alihkan matamu ke laut,  airnya cantik membiru &penuh ketenangan..tetapi hanya Allah saja yangtahu rahsia di dalamnya..begitulah dengan kehidupanmanusia,riang ketawa...tetapi hanya Allah yang tahurahsia kehidupannya..Jika kau rasakecewa,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir,biarpunberjuta batu menghalang..Jika kau rasa sedih..pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa Allahsentiasa bersamamu. . .


Monday, April 9, 2012

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri


Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebanyak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Thursday, April 5, 2012

CINTA or BOSAN sebab tiada kawan...THEN kahWINNN= BERCERAI !



Assalamualaikum ! 


YEAH ...mesti korang cakap entry niyh mcm HAPEH kan ?? ...but REALITY..so ,let's find out together with me ..why ?? WHY i want write this entry today?? ...emmm...


i write these entry SEBAB , ramai diantara kawan2, adik2 kat luar sana and kakak2 ...BUT not only GIRLS ..
abang2 kat luar jugak pon same.. NOW ! POINT your finger to your face and said it to yourself that you are DESPERATE ! 


~~ DESPERATE sangat nak COUPLE and find your " PARTNER " immediately ...SEDANGKAN diri korang tuh BOSAN or kesunyian sebab tak pernah rasa kasih sayang dari seorang KAWAN or tak reti nak bezakan antara KAWAN , SAHABAT , AND KEKASIH ..definitely , apabila dah salah pilih ...then korang hanyut ,terlanjur and anggap dah " SAYANG " ..kononyerr laaa...after that ..YEAH ! KAHWIN ! kahwin and kahwin ! ....tut..tutttt ..tuttttt...1 month later dah  DIVORCEEEEEEEEE ! ...

WHATTTTTTTTTTTTT !??  if you not believe it ...you ask yourself...and find out if any of this statement are true... or not !






DIRI ANDA SENDIRI YANG BOLEH MENENTUKAN , IANYA BENAR ATAU TIDAK ....
P/S- ENTRY niyh is written based on REALITY !